Kemaskini Google Chrome 90 Kini Hadir Dengan Fokus Terhadap HTTPS

Diterbitkan pada Apr 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini telah mula menawarkan kemaskini untuk pelayar web mereka, sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia mengemaskini kepada pelayar web Chrome 90.

Melalui versi Chrome 90 ini, ia menawarkan sejumlah kemaskini dan penambah-baikkan sekuriti. Salah satu fokus utama pada versi baharu Chrome ini juga adalah fokus terhadap protokol web HTTPS yang diutamakan.

Bermula Chrome 90, pengguna yang menaip pada bar alamat, akan dibawa kepada versi HTTPS sesuatu laman terlebih dahulu –  dan hanya membawa kepada versi HTTP sekiranya web berkaitan tidak menyokongnya.

Google HTTPS

Dengan langkah ini, ia ingin memberikan lebih privasi kepada pengguna, selain kelebihan dari segi sekuriti dan sebagainya.

Buat masa ini, versi Chrome 90 pada desktop dan Android telah menyokongnya, dan dijangka diperluaskan ke versi iOS tidak lama lagi.

Google juga turut menyertakan sokongan AV1 melalui pelayar web desktop Chrome 90 ini.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda, dan menikmati sejumlah kelebihan yang disertakan bersama dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami