Cari @ Amanz

Sony Malaysia Membuka Pra-Tempahan PlayStation 5 Fasa 5 Pada Malam Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Disebabkan oleh kekurangan komponen, dan kesukaran pengeluaran, pelbagai perkara tidak dapat memenuhi permintaan. Salah satunya adalah konsol terbaharu Sony, iaitu PlayStation 5.

Sony PlayStation 5 telah ditawarkan secara terhad dan berfasa di Malaysia sejak sebelum ini, dan untuk tengah malam ini, pihak Sony Malaysia akan membuka pra-tempahan untuk fasa kali ke-5.

Pra-tempahan ini akan dibuka melalui Lazada, dan seperti biasa, PlayStation 5 Digital Edition ditawarkan pada harga RM1869, sementara PlayStation 5 Ultra HD Blu-ray pada harga RM2299.

Bagi anda yang masih belum mendapatkannya, dan berhasrat untuk mendapatkan konsol ini, boleh melakukan pra-tempahan melalui Lazada pada malam ini.


Komen ()