Cari @ Amanz

OPPO adalah antara jenama pengeluar peranti pintar yang hadir dengan pelbagai jenis siri model, dan antara siri yang sering kita dengar adalah siri Reno. Siri ini diperkenalkan bermula pada tahun 2019 yang memfokuskan kepada keupayaan penggambarannya. Pada tahun 2021, jenama ini sudahpun melancarkan siri kelima mereka, yang hadir dengan 2 penawaran pada asalnya, iaitu OPPO Reno5 dan Reno5 Pro. Tetapi baru-baru ini mereka telah melancarkan satu lagi model dibawah siri ini, yang dinamakan sebagai OPPO Reno5 F. Berikut merupakan antara sebab mengapa anda perlu memiliki telefon pintar ini.

1. Fesyen – Reka Bentuk Yang Menarik Dan Mudah Untuk Digayakan

Dari segi reka bentuk telefon pintar ini, OPPO Reno5 F hadir dengan saiz skrin seluasa 6.43 inci FHD+ dan menggunakan panel AMOLED dengan skrin kadar segar semula 60Hz. Malah ia juga menyertakan fungsi In Display Fingerprint 3.0 di daalam skrin telefon pintar ini. Jika ditangan, telefon pintar ini boleh dikatakan sedap dipegang dan juga selesa apabila diletakkan di dalam poket. Hal ini kerana, telefon pintar ini mempunyai ketebalan yang hanya senipis 7.8mm dengan berat hanya seringan 172g. Telefon pintar ini hadir dengan tiga pilihan warna, iaitu Fluid Black, Fantastic Purple dan juga Crystal Silver. Jadi sekiranya anda gemarkan warna yang minimalis, Fluid Black dan Crystal Silver adalah pilihan untuk anda. Manakala Fantastic Purple pula sesuai sekiranya anda gemar bergaya dengan lebih ceria, kerana warna ini hadir dengan warna cerun diantara warna ungu dan biru kehijauan.

2. Fungsi – Spesifikasi Dan Fungsi Cukup Baik Untuk Pelbagai Multi Tugasan

Selesai bahagian rekaan, dan kita teruskan pula tentang spesifikasi yang ditawarkan. Telefon pintar ini menerima janaan cip MediaTek Helio P95 yang turut dibantu dengan teknologi AI dalam memberikan spesifikasi yang lebih optimum. Telefon pintar ini juga menyokong memori sehingga 8GB RAM dengaan storan dalaman sebesar 128GB. Namun sekiranya saiz memori dan storan ini tidak mencukupi, OPPO Reno5 F ini menawarkan slot mikroSD yang boleh diperluaskan lagi saiz memori dan storannya. Selain spesifikasi, terdapat juga ciri lain yang ditawarkan pada telefon pintar ini. Antaranya adalah :

i) Flexdrop – membolehkan anda untuk melancarkan sebarang aplikasi dengan lebih cepat menerusi tetingkap terapung.

ii) Three Finger Translate With Google Assistant Lens – menyokong untuk membuat penterjemahan kandungan secara langsung daripada tangkapan layar.

iii) Quick Startup – dengan hanya satu tap sahaja, anda boleh bermain permua dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu lebih lama.

iv) Game Focus Mode – boleh diaktifkan untuk lebih fokus apabila bermain permua tanpa sebarang gangguan notifikasi.

v) Bullet Screen Message – Membolehkan dua tetingkap dipaparkan dalam satu masa yang sama. Berguna jika anda sering membuat multi tugasan.

vi) APP Lock – Mengunci sesuatu aplikasi untuk mengelakkan privasi anda dicerobohi apabila meminjamkan telefon pintar anda kepada orang lain.

3. Fotografi – Untuk Pelbagai Jenis Mod Rakaman

Dari segi kebolehan fotografi, OPPO Reno5 F ini hadir dengan keupayaan kamera yang menggabungkan 48MP untuk rakaman utama, 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar, 2MP untuk rakaman makro, dan 2MP untuk rakaman mono. Dengan lensa-lensa yang ditawarkan pada telefon pintar ini, ia dapat menghasilkan rakaman yang lebih menarik melalui pelbagai jenis mod penggambaran, seperti:

i) AI Color Portrait – memisahkan subjek dan latar belakang dengan meletakkan pewarnaan pada subjek utama di dalam gambar.

ii) Dual View Video – membolehkan anda merakam video menggunakan kamera hadapan dan kamera belakang dalam satu masa yang sama.

iii) Dynamic Bokeh – latar belakang menjadi kabur sekaligus dapat memisahkan subjek di dalam gambar dengan latar belakangnya.

iv) Night Flare Portrait – menjadikan cahaya lampu pada latar belakang kabur dan kelihatan lebih professional seumpama menggunakan kamera sebenar.

v) AI Scene Enhancement – Untuk mendapatkan rakaman yang lebih tepat dan cantik yang mana ia boleh membuat pengecaman objek sehingga 20 jenis kategori seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan banyak lagi.

4. Fleksibel – Pergerakkan Lebih Mudah Dengan Kapasiti Bateri Yang Tahan Lama

Pada zaman sekarang powerbank merupakan antara keperluan penting untuk membolehkan kita terus menggunakan telefon pintar dalam tempoh masa yang lama. Namun, sekiranya telefon pintar anda mempunyai kapasiti bateri yang cukup besar, anda mungkin tidak memerlukan powerbank ini lagi. Begitu juga dengan OPPO Reno5 F ini kerana OPPO menawarkan bateri berkapasiti 4310mAh dengan sokongan pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0 padanya. Malah, OPPO juga mengatakan bahawa telefon pintar ini mampu untuk membuat pengecasan penuh dalam masaa 56% sahaja. Malah, sekiranya anda ingin membuat pengecasan ketika anda hendak tidur juga tidak menjadi masalah kerana ciri Battery Guard membantu untuk menjaga telefon pintar ini agar tidak membuat pengecasan secara berlebihan.

5. Faedah – Harga Jualannya Yang Mampu Milik

Secara kesimpulannya, telefon pintar ini sesuai sekiranya anda seorang pengguna yang sering menggunakan telefon untuk kegunaan kasual dan produktiviti harian. Malah, pelbagai tugasan dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan ia berfaedah untuk anda yang sering membuat multi-tugasan dalam satu tempoh masa yang sama. Ditambah pula dengan kapasiti bateri yang besar dan dua pilihan memori dan storan, iaitu 8GM RAM+128GB atau 8GB RAM+256GB storan, tentunya OPPO Reno5 F ini berbaloi dimiliki. Sebanyak 3 pilihan warna ditawarkan untuk OPPO Reno5 F ini, iaitu Fluid Black, Fantastic Purple, dan Crystal Silver yang boleh digayakan mengikut cita rasa anda. OPPO Reno5 F ini sudah boleh didapatkan pada harga RM1,199 bermula 15 April yang lalu melalui laman rasmi OPPO Malaysia atau pengedar-pengedar rasmi mereka. Malah ahli My OPPO juga berpeluang untuk menikmati ganjaran eksklusif sekiranya membeli telefon pintar ini seperti dapat menebus kod promosi bernilai RM100 dan tiket wayang GSC di aplikasi My OPPO. Jadi, beli OPPO Reno5 F ini sekarang sementara stok masih ada.

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd