Operasi Global Facebook Kini Menggunakan Tenaga Lestari Sepenuhnya

Operasi Global Facebook Kini Menggunakan Tenaga Lestari Sepenuhnya

Diterbitkan pada Apr 16, 2021 oleh .

Pada tahun 2018, Facebook menyasarkan operasi mereka akan menggunakan sepenuhnya sumber tenaga lestari dan pelepasan karbon sifar. Semalam mereka akhirnya mencapai sasaran ini untuk operasi mereka di peringkat global. Dengan pencapaian ini, Facebook akan meneruskan usaha pelestarian syarikat dengan sasaran baharu.

Menjelang 2030 Facebook kini menyasarkan rantaian pembekal, perjalanan untuk melakukan urusan perniagaan dan perjalanan kakitangan ke tempat kerja juga mencapai pelepasan karbon sifar. Sejak memulakan langkah mengurangkan impak operasi syarikat kepada alam sekitar pada tahun 2011, Facebook telah melaburkan $8 bilion di 63 ladang kuasa solar dan kincir angin. Pusat-pusat data Facebook kini menggunakan kuasa yang dijana dengan bersih ini.


Paling Popular