Carian
NVIDIA RTX Direct Illumination Dilancarkan Untuk Pencahayaan Masa Nyata Lebih Realistik
April 16, 2021 Effi Saharudin

Teknologi NVIDIA RTX Direct Illumination (RTXDI) diperlihatkan di acara GTC tahun lalu sebagai sebuah lagi cara untuk menghasilkan visual yang lebih realistik dalam permainan video. Secara lazimnya dalam permainan video, hanya beberapa sumber cahaya dibenarkan menghasilkan pantulan dan menghasilkan bayang.

RTXDI meningkatkan lagi kemampuan sedia ada RTX dengan membolehkan kesemua sumber cahaya yang digunakan memantulkan warna, menghasilkan bayang-bayang dan menerangi kawasan. Menurut NVIDIA, RTXDI menyokong sehingga berjuta sumber cahaya sekaligus membolehkan permainan video yang lebih realistik dihasilkan oleh pembangun.

Demo yang dikongsi di GTC pada tadi menunjukkan apakah yang boleh dilakukan dengan RTXDI apabila dipadankan dengan sebuah NVIDIA GeForce RTX 3090. Teknologi ini akan hadir terlebih dahulu di PC sebelum secara perlahan-lahan akan disokong pada konsol dan peranti mudah laih. ARM misalnya akan hanya mula menyokong ray-tracing pada cip ARMv9 tahun ini.

Komen