Cari @ Amanz

Apakah yang merisaukan ibu bapa moden? Bagi kami ia adalah kandungan yang tidak sesuai ditemukan ketika melayari web. Microsoft Edge kini diberikan ciri baharu yang diberi nama Kids Mode yang memudahkan proses memantau dan menyaring kandungan yang boleh diakses kanak-kanak bawah 12 tahun.

Secara lalai ia akan menyekat kandungan yang dirasakan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini adalah dalam bentuk carian laman, imej, dan video lucah tidak akan dipaparkan apabila menggunakan Bing SafeSearch. Microsoft turut menyertakan pautan ke 70 laman yang dirasakan selamat untuk dilayari mereka.

Kids Mode diaktifkan oleh penjaga atau ibu bapa menerusi profil di Edge. Selepas diaktifkan hanya pelayar Edge sahaja boleh diakses oleh anak-anak kerana memerlukan ibu bapa menyahaktifkannya secara manual untuk keluar. Dua tahan kebenaran boleh dipilih iaitu 5-8 tahun dan 9-12 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd