Huawei Mungkin Memperkenalkan Rangkaian 6G Pada 2030

Diterbitkan pada Apr 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia terkenal dengan pembangunan infrastruktur dan juga teknologi rangkaian telekomunikasi. Dengan pengenalan rangkaian 5G, kini Huawei telah mula dalam penyelidikkan dan pembangunan rangkaian era seterusnya, iaitu 6G.

Melalui laporan baru, Huawei kini menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian 6G pada 2030, dan dijangka menawarkan kepantasan lebih 50 kali ganda berbanding 5G.

Rangkaian 6G dijangka bukan sahaja menawarkan akses lebih pantas, tetapi mampu kekal berhubung walaupun pengguna sedang bergerak pada kelajuan yang tinggi tanpa masalah terputus rangkaian atau tergendala, dan sebagainya.

Huawei menyasarkan untuk menerbitkan kertas kajian berkaitan 6G tidak lama lagi.

Buat masa ini, piawaian penuh berkenaan rangkaian 6G masih belum ditetapkan lagi oleh para pemain industri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami