Samsung Malaysia Memperkenalkan Kempen Jualan Hari Raya Untuk Sejumlah Produk-Produk Mereka

Samsung Malaysia Memperkenalkan Kempen Jualan Hari Raya Untuk Sejumlah Produk-Produk Mereka

Diterbitkan pada Apr 16, 2021 oleh .

Dengan tema Raya Bermakna, Meriah Bersama, bermula 15 April sehingga 30 Jun kelak, Samsung Malaysia menawarkan sejumlah besar perkakasan elektronik mereka, seperti televisyen pintar, alat kelengkapan dapur dan juga paparan skrin komputer dengan diskaun ataupun pemberian barang percuma dengan setiap pembelian.

Diantara produk yang ditawarkan dalam jualan ini termasuklah siri televisyen pintar Crystal UHD dan Neo QLED mereka, sejumlah besar kelengkapan dapur seperti peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, pembersih hampagas, mesin basuh dan juga sejumlah paparan skrin gaming dibawah siri Smart Monitor dan juga Samsung Odyssey G.

Misalnya, dengan setiap pembelian televisyen Crystal UHD ataupun Neo QLED, anda berpeluang untuk memenangi kredit Touch’n’Go bernilai sehingga RM1000 bergantung kepada model yang dibeli. Jika anda juga mahu menaiktarafkan kualiti audio televisyen anda, Samsung turut menawarkan pembelian-dengan-pembelian (PWP) untuk sebuah sistem audio soundbar Q-series.

Dengan setiap pembelian perkakasan dapur terpilih pula, anda akan menerima perkakasan percuma juga, seperti ketuhar gelombang mikro, pembersih hampagas, kuali, periuk multicooker dan sebagainya secara percuma.

Dalam pada itu, paparan-paparan skrin Smart Monitor dan Samsung Odyssey pula hadir dengan penawaran diskaun yang kecil sekiranya anda mahu menaiktarafkan setup komputer didalam bilik anda dengan sebuah paparan skrin baru.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jualan dan penawaran Samsung sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini, anda boleh ke laman web Samsung Malaysia.


Paling Popular