Ura-ura mengenai kewujudan Samsung Galaxy S7 Lite telah didengari sejak beberapa bulan lalu dan ia dijangka diperkenalkan sekitar bulan Jun kelak. Dalam perkembangan terkini, imej pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 Lite telah tertiris dan ianya kelihatan seperti di bawah.
Secara kasarnya, jelas kelihatan ia masih membawakan DNA yang terdapat pada generasi sebelum ini. Memetik sumber, ia adalah sebuah tablet dengan skrin 12.4-inci LCD bersama binaan bezel yang tebal pada setiap sisi. Pada bahagian belakang, ia menunjukkan persediaan dwi-kamera utama dan sokongan stylus yang melekat secara magnetik. Seterusnya, sokongan pembesar suara stereo dengan talaan AKG juga disertakan bersama-samanya.
Spekulasi yang didengari mengatakan ia dijana pemproses Snapdragon 750G, memori sehingga 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 7,000 mah. Ia dipercayai akan dilancarkan seiring dengan Samsung Galaxy A7 Lite dan memfokuskan kepada produktiviti.