Enjin carian Google Search boleh dikatakan enjin carian internet yang paling berkuasa sekarang, dimana cariannya hadir dengan pelbagai jenis konteks dan sumber yang boleh diakses dengan cepat dan mudah.
Terkini, Google baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah menambah kekunci pintas baru untuk membolehkan pengguna untuk mengakses kotak carian dengan cepat sekiranya pengguna telah menatal laman carian jauh ke bawah.
Dengan menekan kekunci “/” sahaja, pengguna boleh mengakses kotak carian Google Search dengan mudah di laman web carian tersebut, sekiranya anda perlu melakukan sebuah carian baru dengan cepat, dan anda telah sibuk menatal laman carian tersebut dengan carian lain.
Kekunci pintas ini juga boleh digunakan tidak kira pelayar web yang anda gunakan, samada Google Chrome sendiri, Microsoft Edge, Mozilla Firefox ataupun Safari. Anda boleh mencubanya sendiri. Hanya pergi ke laman carian Google, lakukan sebarang carian melalui teks, tatal laman ke bawah, dan kemudian tekan kekunci “/” tersebut, dan anda akan terus dibawa ke kotak carian semula.