Carian
Google Docs Akan Bermasalah Jika AdBlock Tidak Dimatikan – Pepijat Aneh Yang Akan Dibaiki Tidak Lama Lagi
April 16, 2021 Fahim Zahar

Google Docs adalah aplikasi mecipta dokumen seperti Microsoft Words, tetapi adalah alternatif daripada Google yang boleh digunakan oleh semua orang. Kemudian dengan integrasi ke storan awaman, Google Docs boleh diakses oleh pengguna dari mana-mana platform.

Terkini, terdapat pepijat aneh ditemui pada Google Docs. Pepijat ini akan menyebabkan format perenggan dan margin akan bermasalah. Tetapi masalah ini akan selesai jika pengguna mematikan pemalam AdBlock atau meletakkan Google Drive di dalam senarai putih AdBlock. Pepijat ini adalah disebabkan oleh kemaskini sistem AdBlock yang telah diimplementasikan, menurut pengurus produk Google Drive – Remy Burger.

Pihak AdBlock juga telah sedari akan isu ini dan sedang dalam proses membaikpulih apa yang patut. Jadi, tampalan pepijat ini akan tiba tidak lama lagi. Sementara itu, matikan AdBlock untuk menggunakan Google Docs.

Komen