Cari @ Amanz

Red Alert 2 merupakan salah satu permainan strategi popular suatu ketika dahulu. Ia membolehkan anda membangunkan “negara” anda sendiri, dan seterusnya menyerang pihak lawan untuk memenangi permainan berkenaan.

Menariknya, kini peminat permainan berkenaan telah membangunkan projek membawa permainan berkenaan ke pelayar web, dan bermain terus pada pelayar web.

Melalui ujian ringkas kami, ia berfungsi dengan lancar, namun kadang-kala ia terputus membuatkan permainan dihentikan atau ditamatkan.

Apa pun, bagi anda yang ingin mencuba permainan Red Alert 2 di pelayar web, mungkin boleh layari laman Chrono Divide hari ini. Sebagai alternatif, anda juga turut boleh mencuba OpenRA pada komputer anda, atau mendapatkan koleksi penuh Command & Conquer di Steam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd