Cari @ Amanz

Selepas mengesahkan nama model, kini Motorola dilihat berkongsi lanjut mengenai beberapa spesifikasi utama pada Moto G60 dan Moto G40 Fusion pula. Bukan itu sahaja, jenama berkenaan turut mendedahkan kedua-duanya akan dilancarkan secara rasmi di India pada 20 April kelak.

Bukan sekadar rekaan, tetapi Moto G60 dan Moto G40 Fusion turut berkongsi sejumlah spesifikasi yang sama. Melaluinya, kedua-duanya dilengkapi sokongan skrin bersaiz 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR 10+. Seterusnya, kedua-duanya juga dipadankan dengan cip pemproses yang sama iaitu Snapdragon 732G.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat diantara kedua-dua peranti ini adalah pengguna sensor utama 108-Megapixel pada Moto G60. Sementara itu, Moto G40 Fusion pula sekadar menggunakan sensor utama 64-Megapixel. Seterusnya, peranti-peranti ini juga akan didatangkan sistem operasi Android 11 terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd