Lukisan CAD iPhone 13 Pro Max Memberikan Bayangan Bonggol Kamera Lebih Besar Dan Tebal

Lukisan CAD iPhone 13 Pro Max Memberikan Bayangan Bonggol Kamera Lebih Besar Dan Tebal

Diterbitkan pada Apr 17, 2021 oleh .

Hakikatnya sekarang ialah pengguna mahukan lebih banyak kamera pada telefon pintar untuk mengkases pelbagai mod fotografi dalam satu peranti. Akibatnya kita boleh melihat modul lensa, jumlah sensor dan bonggol kamera yang lebih besar jika dibandingkan dengan yang wujud lima tahun lalu. Terkini rekaan CAD yang didakwa adalah untuk iPhone 13 Pro Max memberikan petanda trend bonggol akan menjadi semakin serius pada tahun 2021.

Rekaan tetiris menerusi video EverythingApplePro. Bonggol kamera yang lebih besar juga buat pertama kalinya berbanding segi empat sama yang lebih simetri. Ketinggian bonggol juga bertambah untuk memberi bagi memberi laluan kepada sensor LiDAR yang mungkin lebih besar akan digunakan.

Biasanya kami akan mengeluh apabila bonggol kamera menjadi semakin besar. Tetapi di kalangan peminat Apple kami mendapati ini tidak dipandang sebagai sebuah isu langsung sekiranya kemampuan fotografi meningkat secara langsung dengan saiz bonggol.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah bonggol besar pengorbanan yang berbaloi dan dibiasakan pada telefon pintar di masa hadapan?


Paling Popular