Cari @ Amanz

Mozilla kini telah mengumumkan mereka akan membuang integrasi iimplementasi FTP terbina pada pelayar web mereka, bermula daripada Firefox 90.

Untuk yang tidak mengenali akan FTP, ia merupakan salah satu protokol yang memudahkan pemindahan fail dari satu hos ke hos yang lain. Kebiasaannya, perisian khusus diperlukan, tetapi Firefox sedia mengintegrasikan ciri berkenaan dengan akses URL ftp:// pada pelayar web  mereka.

Apa pun, bermula daripada Firefox 90 kelak, Mozilla akan membuang ciri berkenaan.

Sebelum ini, beberapa pelayar web lain turut telah membuang integrasi FTP, termasuk Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd