Cari @ Amanz

Jumlah kes jangkitan baharu Covdi-19 di Malaysia meningkat semula sejak seminggu lalu dengan Sarawak tiba-tiba memintas Selangor sebagai negeri dengan kes baharu harian tertinggi semalam. Antara kluster-kluster baharu yang merisaukan berlaku di sekolah-sekolah membuatkan orang ramai menyarankan supaya guru-guru diberikan dahulu suntikan imunisasi secepat mungkin.

Dalam ciapan beliau sebentar tadi, Khairy Jamaluddin berkata kini guru-guru akan dimasukkan ke dalam senarai penerima fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Pada fasa kedua yang akan bermula minggu hadapan adalah untuk orang ramai yang mempunyai risiko tinggi seperti insan berusia dan mempunyai masalah kesihatan akan diberikan vaksin.

Tetapi nampaknya golongan guru-guru juga akan dipercepatkan kerana jelas seperti petugas barisan hadapan mereka adalah penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara. Bagi golongan lain, fasa ketiga dijangka bermula pada bulan Mei.

Setakat hari ini hampir 9 juta telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin menerusi MySejahtera dan lebih 1.12 juta pula telah menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd