Twitter Dan Tweetdeck Mengalami Gangguan Pada Waktu Ini

Twitter Dan Tweetdeck Mengalami Gangguan Pada Waktu Ini

Diterbitkan pada Apr 17, 2021 oleh .

TweetDeck ialah aplikasi web yang memudahkan pengurusan akaun Twitter. Pada tengah hari ini ia mengalami gangguan perkhidmatan di Asia dan Eropah. Apabila ia cuba diakses, pengguna akan hanya dapat melihat skrin log masuk. Jika cubaan log masuk dilakukan, pengguna akan dihantar ke laman Twitter untuk web.

Pada Twitter pula gangguan dalam bentuk ciapan kadang kala tidak boleh dihantar terutamanya yang mengandungi gambar. Pagi tadi Twitter mengalami gangguan lebih teruk sehingga tidak boleh diakses langung tetapi kini kembali beroperasi seperti biasa. Jika anda ingin menghantar ciapan, gunakan aplikasi Twitter atau versi web pada waktu ini. Pihak TweetDeck dan Twitter masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa gangguan ini berlaku.

Gangguan perkhidmatan ini akan mendatangkan masalah kepada mereka yang bergantung kepada TweetDeck untuk menguruskan akaun media sosial. Buat masa ini anda tiada pilihan selain menggunakan Twitter untuk web untuk membaca ciapan terkini.


Paling Popular