Gambar Tertiris Memperlihatkan Rekaan Takuk iPhone 13 Yang Sedikit Kecil

Diterbitkan pada Apr 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia diperkatakan sebelum ini, bakal hadir dengan rekaan takuk yang lebih kecil melalui iPhone pada tahun ini. Menariknya, kini beberapa gambar hadir tertiris ke arena web, memperlihatkan paparan skrin iphone 13 dengan penggunaan takuk yang sedikit kecil berbanding sedia ada.

Berdasarkan pada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan takuk yang sedikit pendek berbanding sedia ada. Apple dilihat akan mengekalkan penggunaan komponen untuk pengecaman wajah seperti biasa pada iPhone akan datang.

Dengan saiz takuk yang sedikit kompak, ia akan membolehkan Apple memuatkan sejumlah informasi tambahan – sebagai contoh peratusan baki bateri, dan beberapa yang lain.

Selain daripada perubahan pada saiz takuk, Apple dijangka akan mengekalkan sejumlah  perkara lain termasuk rekaan seperti pada iPhone 12 sedia ada.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami