Carian
Pengasas Adobe Dan Pembangun PDF Meninggal Dunia
April 18, 2021 Effi Saharudin

Dr. Charles Geschke bukanlah nama yang dikenali ramai tetapi beliau bertanggungjawab menubuhkan Adobe dan terlibat dalam pembangunan format PDF yang digunakan ramai setiap hari. Pada Jumaat lalu, Dr. Charles Geschke meninggal dunia di San Francisoc pada usia 81 tahun

Dr. Charles Geschke dan John Warnock menubuhkan Adobe pada tahun 1982 selepas majikan mereka Xerox PARC pada waktu tersebut tidak berminat untuk menerbitkan perisian penerbitan desktop ciptaan mereka Interpress. Interpress kemudian dilancarkan sebagai Adobe sebagai Postscript sehingga menjadi antara perisian penerbitan desktop popular yang menjadi permulaan kepada aplikasi popular lain seperti Photoshop, Acrobat dan banyak lagi.

Sebagai penghargaan beliau kepada dunia teknologi, Dr. Geschke dianugerahkan Pingat Teknologi dan Inovasi Nasional oleh Presiden Barck Obama pada tahun 2008.

Komen