Cari @ Amanz

Clubhouse sedia menerima perhatian ramai sejak daripada awal tahun ini, dan terbaru, Clubhouse telah pun menerima suntikan dana pelaburan baharu, yang menilaikan syarikat Clubhouse tersebut pada harga $4 bilion.

Clubhouse merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada perbualan suara, dan sedia menerima perhatian ramai. Buat masa ini, Clubhouse hanya ditawarkan pada platform iPhone sahaja, dan dijangka diperkenalkan untuk Android dalam beberapa bulan lagi.

Salah satu titik tolak yang membawa kepada populariti Clubhouse adalah termasuk disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, dan Clubhouse membolehkan pengguna kekal berkomunikasi selain berkenalan dengan rakan-rakan baharu.

Apa pun, akhir-akhir ini, dengan pembukaan pelbagai sektor ekonomi, populariti dan penggunaan Clubhouse dilihat sedikit merundum.

Pada masa yang sama, pelbagai perkhidmatan lain turut menawarkan atau dalam proses menambah ciri lebih kurang sama, termasuk Twitter, Discord, LinkedIn dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd