Imej Pengolokan Rasmi Oppo Enco Buds Tertiris

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Enco X merupakan TWS mercu daripada Oppo yang padat dengan ciri premium. Bukan itu sahaja, ia juga boleh diklasifikasikan sebagai TWS yang menarik dengan rekaan jenis separa terbuka. Di Malaysia, Oppo Enco X ditawarkan pada harga RM699 untuk seunit.

Kini, timbul pula desas-desus baharu yang mengatakan jenama ini dalam perancangan untuk hadir dengan satu lagi aksesori audio. Biarpun masih belum ada kepastian, namun spekulasi awal mengatakan ia mungkin dikenali sebagai Oppo Enco Buds kelak. Rekaannya juga kini telah mula diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan rasmi – perkongsian daripada Evan Blass.

Melaluinya, ia jelas membawakan DNA rekaan yang sangat mirip dengan Oppo W11 sebelum ini. Bukan itu sahaja, rekaannya di sini juga dilihat mengambil inspirasi daripada Samsung Galaxy Buds+. Ianya sangat berbeza dengan Oppo Enco X sebelum ini yang menawarkan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai.

Turut kelihatan, fon telinga ini kelak hadir dalam kemasan serba putih bersama sokongan lampu LED – yang mungkin berfungsi sebagai indikasi tambatan berjaya atau status bateri. Berbeza dengan Oppo W11, model kali ini akan menyokong Bluetooth 5.2 dan dijangka diperkenalkan pada penghujung bulan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami