Samsung Memfailkan Tanda Dagang Armor Frame – Mungkin Untuk Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini Samsung diramalkan akan melancarkan dua perantis skrin boleh-lipat pada bulan Julai, sebelum lebih awak dari tarikh tradisi pada bulan Ogos. Tanpa saingan dari siri Galaxy Note, tumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada pelancaran Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3.

Pada tahun, kedua-dua peranti ini mungkin akan mempunyai rekaan bingkai lebih tahan lasak selepas Samsung memfailkan tanda dagang untuk Armor Frame. Tiada maklumat mengenai apakah perbezaan yang dilakukan pada bingkai berbanding bingkai semasa. Terdapat spekulasi bingkai akan menggunakan bahan lebih tahan lasak seperti besi tahan kasar dan bukannya aluminium yang digunakan sekarang.

Kelemahan peranti skrin boleh-lipat terletak pada skrin yang perlu bertahan dibuka tutup berkali-kali sepanjang hayatnya. Dalam masa satu generasi sahaja penggunaan lapisan plastik telah digantikan dengan kaca UTG. Dengan Armor Frame, mungkin isu ketahanan skrin dapat diselesaikan oleh Samsung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami