Cari @ Amanz

Facebook kini dilaporkan bakal memperkenalkan penawaran produk audio sosial tersendiri seawal hari ini – sekaligus bersaing dengan penawaran Clubhouse dan beberapa yang lain.

Facebook dijangka akan menambah ciri audio tersendiri pada Messenger Rooms, sekaligus menawarkan pengalaman seumpama Clubhouse. Ia akan membolehkan pentas maya disediakan, sekaligus menjemput orang untuk bercakap atau memberikan pendapat – selain yang lain untuk mendengar perbincangan berkaitan.

Disamping itu, dalam menawarkan integrasi audio lebih menyeluruh, Facebook turut dijangka akan memudahkan pencarian podcast daripada Spotify, selain pada masa yang sama membolehkan pengguna berkongsi status beraudio pada NewsFeed.

Facebook dijangka akan mengumumkan ciri berkenaan seawal hari ini, dan akan memperkenalkan ia secara berperingkat selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd