Cari @ Amanz

Laman VaksinCovid.gov.my kini dilihat telah dikemaskini, dan memudahkan pengguna untuk melakukan semakan untuk temujanji vaksinasi.

Melalui laman khusus yang disediakan, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan, dan seterusnya nombor telefon yang telah anda daftarkan.

Laman berkenaan seterusnya akan memperlihatkan status temujanji anda, termasuk lokasi pusat fasiliti kesihatan, tarikh temu janji, dan sebagainya.

Bagi anda yang sedia mendaftar, boleh menyemak status vaksinasi anda melalui laman VaksinCovid hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd