Maybank Mengemaskini Sama-sama Lokal – Setapak Menyaingi FoodPanda Dan GrabFood

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank kini telah menaik-taraf dan mengemaskini penawaran Sama-sama Lokal pada aplikasi Maybank2U. Melalui pembaharuan terkini, pengguna dengan mudah boleh mengikuti proses penghantaran masa-nyata, sekaligus mengetahui status pesanan mereka dengan lebih mudah.

Bagi yang tidak mengenali akan Sama-sama Lokal, ia telah diperkenalkan oleh Maybank ketika PKP tahun lepas, dan Maybank tidak mengambil sebarang komisyen melaluinya.

Platform Sama-sama Lokal lebih menyasarkan kepada gerai dan warung, selain restoran kecil. Ia menyenaraikan pelbagai penawaran makanan dan barangan, seterusnya pengguna boleh melakukan tempahan terus melalui aplikasi Maybank 2U.

Maybank mengatakan kini terdapat lebih 8000 penjual di Sama-sama Lokal. Platform berkenaan juga menyaksikan peningkatkan jualan sebanyak 27% berbanding tahun 2020 lepas.

Buat masa ini, Sama-sama Lokal lebih memfokuskan kepada arena Lembah Klang. Melalui kemaskini baharu ini, selepas melaksanakan tempahan, pengguna boleh menyemak proses penyediaan dan penghantaran terus melalui aplikasi Maybank2U berkenaan.

Sempena kemaskini ini juga, sehingga 19 Jun 2021 kelak, pelanggan yanng membuat tempahan di Sama-sama Lokal akan menerima diskaun RM10 atas tempahan mereka.

Disamping itu, sempena Ramadan dan Raya, sehingga 19 Jun 2021 kelak, pengguna turut boleh menikmati diskaun RM10 untuk yuran penghantaran, selain 50% atas tempahan makanan yang dihadkan kepada RM30, dengan belanja minima RM20.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami