Dell XPS 13 Dengan Pilihan CPU Intel Core i5 Tiger Lake Dan Paparan 16:9 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM4498

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dell telah mengemaskini siri komputer riba Dell XPS mereka dengan pilihan CPU Intel Tiger Lake terbaru, dan jika sebelum ini hanya pilihan dengan CPU Intel Core i7 Tiger Lake yang hadir untuk pasaran tempatan, Dell Malaysia dilihat baru sahaja mengemaskini pilihan tersebut dengan sebuah model Intel Core i5 pula.

Dinamakan Dell XPS 13 9305, komputer riba ini hadir dengan sejumlah spesifikasi CPU, memori dan paparan, tetapi untuk model paling mampu milik, ia dilengkapi paparan skrin IPS 13.3 inci InfinityEdge dengan resolusi Full HD dan dikuasakan CPU Intel Core i5-1135G7, memori DDR4 sebanyak 8GB dan 512GB.

Konfigurasi ini berharga RM4498, dan pada pendapat kami ialah pilihan Dell XPS 13 baru yang paling mampu milik di pasaran sekarang.

Bagi mereka yang tidak begitu kisah untuk membelanjakan sedikit banyak wang, Dell XPS 13 9305 ini juga hadir dengan konfigurasi CPU Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 16GB dan paparan 13.3 inci dengan resolusi 4K yang ditawarkan pada tanda harga RM5898.

Dell XPS 13 9305 ini ditawarkan melalui laman web Dell Malaysia dan boleh dibeli hari ini secara terus. Jika anda berminat untuk melihat apa lagi konfigurasi yang boleh didapati melalui model ini, anda boleh ke laman web Dell Malaysia untuk cuba membina konfigurasi Dell XPS 13 anda sendiri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami