Apple Dijangka Memperkenalkan Pelan Langganan Podcast Berbayar Pada Minggu Ini

Apple Dijangka Memperkenalkan Pelan Langganan Podcast Berbayar Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Apr 19, 2021 oleh .

Apple bakal mengadakan sebuah acara khas pada minggu ini, dan dijangka memperkenalkan tablet terbaru kepada umum.

Selain daripada itu, Apple turut dijangka memperkenalkan beberapa perkara baharu yang lain – dan terbaru, mengikut laporan, sebuah perkhidmatan langganan untuk podcast.

Sehingga ke hari ini, Apple menawarkan akses percuma untuk mendengar podcast melalui aplikasi mereka. Dengan penawaran akses berbayar, ia akan menguntungkan pihak Apple, selain penerbit kandungan. Kita juga mungkin melihat penawaran sejumlah kandungan eksklusif melaluinya kelak.

Buat masa ini, selain Apple, Spotify dilihat sangat memfokuskan kepada arena podcast, dan sedia mendapatkan sejumlah kandungan eksklusif untuk platform mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple kelak, dan sama ada kita akan melihat Podcasts+ atau sebaliknya.


Paling Popular