Facebook Kini Memudahkan Anda Pindahkan Perkongsian Teks Dan Nota Ke Google Docs, Blogger Dan WordPress

Facebook Kini Memudahkan Anda Pindahkan Perkongsian Teks Dan Nota Ke Google Docs, Blogger Dan WordPress

Diterbitkan pada Apr 19, 2021 oleh .

Facebook telah mula memberikan lebih kawalan kepada data pengguna sejak tahun lepas. Jikalau sebelum ini Facebook memudahkan pengguna pindahkan gambar dan video, terbaru, mereka turut memudahkan pengguna memindahkan perkongsian teks dan nota ke platform lain.

Melalui pengumuman hari ini, Facebook memudahkan perkongsian teks dan nota dari platform berkenaan ke platform seperti Google Docs, Blogger dan juga WordPress.com.

Untuk melakukan pemindahan, anda hanya perlu menggunakan “Transfer Your Information” pada Facebook. Ia boleh diakses dengan ke halaman Settings, dan seterusnya memilih “Your Facebook information”, dan klik pada “Transfer Your Information”. Seterusnya ikut beberapa langkah pada skrin, dan mulakan berpindah ke perkhidmatan lain.


Paling Popular