Cari @ Amanz

Kerajaan UK kini menyatakan mereka akan melakukan semakan dan kawal-selia terhadap pengambil-alihan ARM oleh pihak NVIDIA.

Menurut kerajaan UK, mereka akan meminta kepada info tambahan berkenaan pengambil-alihan berkenaan. Campur tangan ini diambil atas dasar keselamatan negara setelah mengambil kira pelbagai nasihat daripada komuniti berkaitan keselamatan pelaburan.

ARM merupakan salah satu syarikat yang berpusat di UK. Sebelum ini, NVIDIA telah mengumumkan perancangan untuk mengambil-alih ARM daripada pihak Softbank pada nilai mencapai $40 bilion pada bulan September 2020 lepas.

Ia diperkatakan sejumlah pihak tidak bersetuju berkenaan pengambil-alihan ini, termasuk kerajaan China, selain syarikat seperti Qualcomm, dan lain-lain.

ARM pada hari ini menawarkan rekaan untuk semikonduktor, dan rekaan yang dihasilkan mereka digunakan pada cip yang menjana pelbagai telefon pintar di pasaran – termasuk yang menggunakan cip Qualcomm, mahupun pada iPhone sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd