Cari @ Amanz

Qualcomm Snapdragon 870 adalah antara cip pemprosesan yang cukup berkuasa dan popular sekarang. Ia adalah cip berasaskan 7nm daripada Snapdragon 865+ yang dilewahjam. Vivo X60 Pro di Malaysia adalah antara yang pertama, diikuti dengan Poco F3, Black Sharl 4 kelak dan banyak lagi di pasaran luar yang menggunakan cip ini. Bermain permua dengan peranti yang menggunakan cip ini juga memberikan pengalaman lebih baik daripada Snapdragon 888.

Terkini, Vivo dilihat akan melancarkan sebuah lagi peranti yang dijana dengan cip Snapdragon 888. Peranti misteri Vivo V2118A (PD2118) ini tersenarai di laman Google Play Console, yang mana menyenaraikan penggunaan cip ini yang dipadankan dengan memori 8GB RAM. Skrin dikatakan adalah FHD+ dan menurut imej yang terpapar ia adalah skrin jenis berlubang untuk kamera swafoto. Sistem operasi pula adalah Android 11, yang mana pasti adalah Funtouch OS 11.

Masih tidak pasti sama ada ini adalah peranti untuk Vivo atau iQOO. Dengan penawaran lebih banyak peranti dijana cip ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk memiliki peranti mercu mampu milik. Vivo X60 Pro di Malaysia agak mahal, jadi jika peranti ini menembusi pasaran Malaysia – harapnya ia dijual pada harga lebih mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd