OPPO A54 – Inilah Telefon Bawah RM600 Yang Anda Perlu Beli

Diterbitkan pada Apr 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

RM600 bukannya suatu nilai yang kecil untuk sesetengah individu. Walaupun banyak peranti yang telah mencecah harga beribu, bukan semua peranti tersebut padat dengan fungsi, yang mana kadang kala menjadikannya tidak berbaloi dengan harga yang telah dipasarkan. Jadi, OPPO ingin mengubah persepsi ini dengan melancarkan OPPO A54 mereka dengan memberi spesifikasi yang cukup mantap pada harga yang tipis. Jika anda sedang mencari telefon pintar bawah RM600, OPPO A54 ini adalah model yang perlu anda letakkan dalam senarai pilihan.

Secara ringkasnya, OPPO A54 ini hadir dengan kerangka panel 3D dengan ketebalan hanya 8.4mm dan terasa selesa apabila digenggam di tangan. Ia turut dibina dengan paparan yang bersaiz 6.51 inci dan menyokong sistem nyahkunci berasaskan cap jari dan juga berasaskan wajah. Menurut OPPO, binaannya berkualiti premium yang menyokong ketahanan air IPX4. Skrinnya juga menyokong untuk menghasilkan paparan yang lebih jelas tanpa mengira jumlah pencahayaan di persekitaran. Terdapat dua jenis paparan yang boleh dihasilkan, iaitu Sunlight Screen atau Moonlight Screen. Sebelum ini, jika anda ingin melihat skrin telefon di persekitaran yang sangat terang, skrin anda akan menjadi silau dan gelap. Namun dengan OPPO A54 ini, kecerahan skrin boleh ditingkatkan sehingga 14.5% di bawah sinaran matahari sekaligus memaparkan skrin yang lebih cerah dan jelas. Bagi Moonlight Screen pula, kecerahan skrin akan berkurang secara automatik di persekitaran yang kurang pencahayaan atau pada waktu malam.

Kebanyakkan telefon pintar sekarang tidak menyokong untuk memainkan audio di YouTube apabila skrinnya ditutup. Ini menjadikan pengalaman penggunaan kita sedikit sebanyak akan terganggu. Namun ia berbeza sekiranya anda menggunakan OPPO A54 ini kerana ia hadir dengan Black Screen Mode yang membolehkan anda untuk mendengar audio dengan skrin gelap. Melalui mod ini juga, ia dapat menjimatkan bateri bagi membolehkan anda menggunakan telefon pintar ini dalam satu tempoh masa yang lebih lama tanpa sebarang gangguan bateri.

Antara ciri yang menjadi penyebab utama mengapa anda perlu memiliki OPPO A54 ini adalah kapasiti bateri yang ditawarkan, iaitu sebesar 5000mAh. Melalui penawaran kapasiti telefon pintar ini, ia membolehkan anda untuk mudah bergerak dan tidak perlu lagi sentiasa bergantung kepada powerbank. Hal ini kerana walaupun bateri anda 5%, ia masih boleh digunakan selama 91 minit untuk panggilan telefon. Namun, sekiranya anda ingin membuat pengecasan juga ia tidak akan mengambil masa yang lama kerana OPPO menyertakan pengecasan pantas 18W bersama kotak pembelian. Pengecasan pantas 18W ini juga dibantu oleh algoritma AI yang dikatakan berupaya untuk membuat pengecaman corak tidur anda dan ia akan berhenti mengecas dan sambungkannya pada waktu tertentuu bagi mengelakkan telefon pintar ini terlebih membuat pengecasan.

Bercakap mengenai kameranya pula, telefon pintar ini dibina dengan gabungan sensor 13MP untuk rakaman utama, 2MP untuk rakaman bokeh dan 2MP untuk rakaman makro. Bagi kamera hadapannya pula, sensor 16MP ditawarkan dengan sokongan bokeh pada latar belakang gambar. Melalui kamera ini, pelbagai mod rakaman boleh dirakamkan. Bagi anda yang gemar menggunakan penuras gambar, telefon pintar ini mampu untuk menawarkan rakaman swafoto dengan pewarnaan dan kesan khas yang telah ditambah baik. Malah, mod kecantikannya juga boleh melaraskan rakaman gambar agar menjadi lebih semulajadi melalui proses pengecaman jantina dan umur anda. Malah fungsi ini juga mempunyai algoritma tersendiri untuk menghasilkan mod kecantikkan berdasarkan warna kulit pengguna. Kameranya juga menyokong untuk menterjemah sesuatu perkataan melalui rakaman gambar yang diambil yang dibantu oleh teknologi Google Lens.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon untuk kegunaan harian dan berharga bawah RM600, OPPO A54 ini adalah sesuai untuk anda. Hal ini kerana telefon pintar ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar untuk sebuah telefon pintar kelas pertengahan permulaan, ruangan storan yang mencukupi iaitu 4GB+64/128GB yang boleh diperluaskan lagi. Malah skrinnya juga baik dengan pilihan Sunlight Screen dan Moonlight Screen, yang turut membantu untuk penjagaan mata anda melalui ciri Eye Comfort. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini dijual pada harga RM599 untuk pasaran Malaysia dan anda boleh dapatkannya melalui pengedar-pengedar rasmi OPPO di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami