Cari @ Amanz

Samsung Smart Keyboard Trio 500 telah diumumkan semalam sebagai papan kekunci bluetooth yang direka untuk ditambat kepada tiga peranti dengan pantas. Terdapat tiga butang khas yang memudahkan proses memilih peranti manakah ia akan ditambat. Terdapat juga butang khas untuk melancarkan DeX dan pintasan pantas untuk tiga aplikasi pilihan.

Terdapat 78 kekunci kesemuanya dengan tubuh berbentuk baji untuk memberikan sudut yang paling selesa ketiak menaip. Tambatan dilakukan menerusi bluetooth 5.0 manakala membekalkan kuasa pula ialah dua biji bateri bersaiz AAA. Pada waktu ini tiada harga diumumkan tetapi yang pasti ia akan ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd