Cari @ Amanz

Facebook kini telah mengumumkan sejumlah ciri-ciri baharu memfokuskan kepada audio, sekaligus bersaing dengan Clubhouse serta menawarkan kemudahan interaksi yang lebih masa-nyata bersama rakan-rakan melaluinya.

Dibawah ciri-ciri baharu yang diumumkan, yang pertama sekali adalah Rooms – menawarkan pengalaman seumpama Clubhouse. Melaluinya, ia akan membolehkan pengguna menyertai perbualan bersama rakan-rakan lain. Ciri ini dijangka akan diuji pada Facebook Groups terlebih dahulu.

Disamping itu, Facebook juga akan menambah ciri dinamakan “Soundbites” yang membolehkan pengguna berkongsi klip audio terus pada perkongsian mereka di News Feed. Ini akan memberikan pilihan perkongsian tambahan – selain daripada teks dan video yang sedia disokong hari ini.

Dan ciri ketika memfokuskan kepada audio yang turut sedang dibangunkan oleh Faccebook adalah sokongan podcast. Melaluinya, pengguna akan boleh melakukan carian dan mendengar terus sesuatu podcast terus daripada aplikasi Facebook.

Dengan langkah ini, Facebook akan mengetengahkan platform mereka sebagai platform mesra audio – selain turut menyokong sejumlah ciri-ciri sosial yang lain.

Buat masa ini, Facebook sekadar mengumumkan ciri ini sahaja, dan dijangka memperkenalkannya kepada umum dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd