Cari @ Amanz

Setelah lebih dua tahun diumumkan oleh EA Games, mereka akhirnya mengesahkan Apex Legends Mobile akan tiba ke peranti mudah alih pada penghujung bulan ini. Pada awalnya ia akan hanya ditawarkan kepada pengguna peranti Android di negara India dan Filipina sahaja terlebih dahulu untuk ujian.

Versi iOS masih sedang dibangunkan tetapi versi Android diberikan kelebihan terlebih dahulu. Pemain dari negara lain akan ditambah secara beperingkat sebelum pelancaran penuh dilakukan. Bagi memastikan kesamarataan, sokongan permainan rentas platform PC atau konsol tidak akan disokong. Tetapi seperti versi PC dan konsol, permua Apex Legends boleh dimuat turun secara permua dengan permainan disokong menggunakan transaksi mikro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd