Honda SUV e:prototype Memberikan Gambaran CR-V dan HR-V Elektrik Yang Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan Pameran Kereta Shanghai akan berlangsung minggu ini, pengeluar mula memperlihatkan kenderaan yang bakal dipertontonkan kepada pengunjung. Antara yang menarik ialah Honda SUV e:prototype yang merupakan visi Honda untuk kenderaan elektrik sukan utiliti mereka.

Honda SUV e:prototype meminjam banyak elemen dari CR-V dan HR-V yang pada waktu ini masih menggunakan kuasa petrol. Pada bahagian atas kekisi radiator digantikan dengan panel penutup yang mempunyai logo Honda tang menyala. Penggunaan lampu LED ini diteruskan pada beberapa bahagian kenderaan lain membuatkannya kelihatan seperti diambil dari filem fiksyen sains Tron.

Cermin sisi yang lebih nipis digunakan tetapi tidak dilengkapi kamera seperti Honda-E yang mereka lancarkan tahun lalu. Bergerak ke belakang sistem lampu seakan HR-V dikitar semula dan sekali lagi logo Honda yang menyala dapat dilihat bersama dengan lagi lampu LED pada bahagian bumper.

Honda SUV e:prototype akan menjadi asas kepada SUV BEV yang akan dilancarkan pada musim bunga 2022 kelak dan menjadi batu asas kepada sasaran Honda menjadi syarikat sifar karbon menjelang 2050.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami