Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S21 Ultra merupakan antara peranti yang disertakan keupayaan kamera cukup baik pada ketika ini. Kalau anda baca artikel ulasan kami sebelum ini, ia juga jelas mampu memenuhi jangkaan editor kami. Justeru itu, kita juga boleh mengharapkan siri Galaxy S yang akan datang turut dibekalkan keupayaan kamera yang jauh lebih baik.

Samsung Galaxy S21 Ultra

Menurut laporan Sammobile yang dipetik daripada ETNews, Samsung dipercayai tidak akan menyertakan sensor 3D TOF pada siri Galaxy S22 kelak. Ia berikutan, terdapat dakwaan yang mengatakan pengguna didapati sudah berpuas hati dengan kualtiti imej yang dihasilkan oleh peranti Galaxy S21 – meskipun ia tidak disertakan dengan pengesan kedalaman ToF. Jadinya, Samsung dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak menyertakan sensor ini pada siri Galaxy S yang akan datang. Meskipun begitu, jenama ini dipercayai akan hadir dengan beberapa ciri kamera yang lebih menarik.

Bercakap lebih lanjut mengenai Galaxy S22, spekulasi awal mengatakan peranti ini kelak akan mempunyai sensor kamera yang lebih besar. Bukan itu sahaja, Samsung turut dikatakan akan bekerjasama dengan Olympus – dalam usaha meningkatkan kualiti kamera. Seterusnya, generasi galaxy S akan datang ini juga akan dilengkapi sokongan cip yang lebih berkuasa dan banyak lagi penambahbaikan lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd