Cari @ Amanz

Untuk menggunakan aplikasi navigasi dengan selamat, adalah disarankan supaya peranti diletakkan pada tempat pemegang khas. Dengan ini tiada isu disaman kerana menggunakan telefon ketika memandu. Namun begitu ia masih memerlukan mata pemandu melihat ke skrin sehingga mengganggu konsentrasi. Aplikasi navigasi Huawei Petal Maps kini telah dikemaskini untuk menyelesaikan isu ini.

Pengguna Petal Maps boleh mengaktifkan mod navigasi Head Up Display (HUD) yang memancarkan imej pada skrin ke cermin hadapan kereta. Dengan ingin segala arahan navigasi akan dapat dilihat pada cermin hadapan tanpa pemandu perlu melihatkan ke bawah atau ke sisi tanpa menggunakan HUD.

Mod ini boleh diakses menerusi skrin tetapan dan memilih mod HUD sebelum menekan butang Project untuk memastikan imej tidak terbalik apabila dipancarkan ke cermin hadapan. Bagi pengguna peranti Huawei, kemas kini aplikasi untuk mengakses mod HUD hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd