Cari @ Amanz

Google Photos adalah aplikasi wajib untuk saya gunakan, agar mudah akses semua gambar dan video yang saya ambil/rakam menggunakan peranti untuk ulasan. Melalui Google Photos, ia melakukan sandaran pada peranti A dan kemudian untuk tulis ulasan saya hanya buka komputer riba dan muat turun daripada Google Photos versi web. Ia juga cukup pintar dengan kemampuan mengorganisasikan semua kandungan mengikut kategori.

Contohnya manusia, haiwan, tempat dan objek. Hanya masukkan kata kunci, Google Photos akan paparkan hasil. Terkini, Google Photos dilihat sedang menguji kemampuan mengasingkan dokumen pula. Dokumen ini adalah daripada yang diambil dengan kamera, tangkapan layar, kad nama, poster, keratan surat khabar/majalah, tulisan tangan, papan kenyataan dan banyak lagi.

Bagi yang tidak tahu, anda tidak perlu taip teks dalam bahasa Inggeris seperti People, Pets, Places, Things atau Documents. Sebaliknya dalam ujian saya, penggunaan Bahasa Melayu turut boleh paparkan hasil carian yang diingini. Sokongan ini dilihat hadir melalui dari bahagian pelayan dan tidak perlu kemaskini ke aplikasi versi baharu di gedung aplikasi. Baik Android atau iOS, kedua-dua Mi 11 Ultra dan iPhone 12 Mini saya boleh menggunakan ciri ini tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd