Canon Melancarkan Siri Mesin Pencetak Pertama Dengan Enam Tangki Dakwat – Canon PIXMA G570 Dan PIXMA G670

Canon Melancarkan Siri Mesin Pencetak Pertama Dengan Enam Tangki Dakwat – Canon PIXMA G570 Dan PIXMA G670

Diterbitkan pada Apr 20, 2021 oleh .

Apabila bercakap mengenai mesin pencetak untuk kegunaan pejabat kecil dan pengguna biasa, kita biasa melihat ia hadir dengan tangki dakwat yang menggunakan empat tangki, samada untuk spektrum warna CMYK yang dilihat lebih sesuai untuk pencetakan dokumen.

Canon Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk siri mesin pencetak terbaru mereka, Canon PIXMA G570 dan PIXMA G670 ke pasaran tempatan hari ini. Keunikan siri mesin pencetak ini ialah ia hadir bukan dengan empat tangki dakwat, tetapi enam, yang menurut Canon, membolehkan pengguna untuk mencetak bukan sahaja dokumen dengan kadar lebih tinggi, tetapi juga gambar-gambar yang lebih berkualiti.

Siri mesin pencetak PIXMA G570 dan G670 ini boleh dilengkapi dengan enam jenis dakwat, termasuklah cyan, magenta, kuning, hitam, merah dan kelabu. Menurut Canon, penambahan dua dakwat baru, merah dan kelabu adalah untuk membolehkan pengguna mendapat warna merah yang lebih menyerlah manakala dakwat kelabu menjanjikan pengolahan warna yang lebih stabil, dan mengurangkan kebarangkalian pencetakan anda mengalami masalah warna.

Lebih menarik lagi, Canon mengatakan bahawa gambar-gambar yang dicetakkan menggunakan mesin pencetak PIXMA G570 dan G670 ini boleh bertahan sehingga 200 tahun, bergantung kepada bagaimana gambar-gambar ini dismpan.

Dengan satu set dakwat yang penuh, mesin pencetak ini juga boleh mencetak sebanyak 3800 gambar bersaiz 4×6 inci tampa masalah, dan malah, boleh mencetak gambar bersaiz besar sehingga saiz A4. Dari segi fungsi lain, pencetak ini juga boleh mengimbas dan menyalin gambar dan dokumen tanpa masalah.

Ia juga hadir dengan sokongan aplikasi mudah-alih Canon PRINT Selphie dan Easy PhotoPrint Editor bagi mereka yang tidak mahu menggunakan komputer untuk mencetak gambar-gambar mereka.

Menurut Canon Malaysia, siri mesin pencetak Canon PIXMA G570 dan PIXMA G670 sudahpun mula dijual di pasaran tempatan pada harga-harga berikut:

  • Canon PIXMA G570 – RM1529
  • Canon PIXMA G670 – RM1229

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mesin pencetak terbaru keluaran Canon ini, anda boleh membaca mengenainya melalui laman web ini.


Paling Popular