Carian
Microsoft Membuka Pusat Data Di Malaysia – Sasar Tingkatkan Kemahiran 1 Juta Rakyat Menjelang 2023
April 20, 2021 Aman

Microsoft kini telah mengumumkan mereka akan membuka pusat data pertama di rantau Asia Tenggara di Malaysia. Dengan membuka pusat data ini juga, ia akan membolehkan penawaran zon Azure berpusat dari Malaysia.

Selain itu, Microsoft juga akan meningkatkan kemahiran sekitar 1 juta orang rakyat Malaysia menjelang 2023, sekaligus membantu dalam mencipta peluang ekonomi selari era digital masa kini.

Selari dengan penubuhan ini, sejumlah syarikat telah menyatakan akan menggunakan perkhidmatan awan Microsoft, termasuk Petronas, Celcom, dan juga kerajaan dan agensi kerajaan.

Mengikut kajian penganalisa IDC, pelaburan Microsoft di Malaysia akan menjana sekitar RM19 bilion dari segi pendapatan untuk ekosistem negara, selain pada masa yang sama menyumbang kepada lebih 19,000 pekerjaan di Malaysia.

Komen