Kerajaan China Dilihat Akan Membangunkan Pusat Data Bernilai $3.1 Bilion Untuk Menganalisa Data Dari Satelit Di Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Apr 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan China nampaknya sedang bersiap-sedia untuk membangunkan sejumlah infrastruktur untuk bukan sahaja memanfaatkan ruang angkasa lepas mereka, tetapi juga untuk membangunkan pusat data yang mampu menganalisa data yang diperoleh daripada satelit-satelit yang akan dilancarkan di masa akan datang.

Mereka dilihat merancang untuk masa hadapan, dimana ia dijangkakan bahawa dalam 10, beratus-ratus satelit akan dilancarkan ke angkasa lepas untuk pelbagai tujuan, seperti penyediaan rangkaian internet pantas pada altitud tinggi, penjejakan berdasarkan geografi dan sebagainya.

Untuk memenuhi permintaan untuk melancarkan satelit-satelit ini, China dilihat akan menambahkan juga jumlah pusat angkasa di sekitar China, dimana mereka kini mempunyai empat tapak pelancaran yang sudahpun digunakan untuk melancarkan pelbagai satelit ke orbit bumi.

Pelan terbesar kerajaan China kini nampaknya ialah pembinaan sebuah pusat data yang dikuasakan adi-komputer buatan China sendiri yang mampu memproses dan menganalisa data yang diterima daripada satelit-satelit tersebut.

Pusat data ini, yang dijangka akan menelan belanja sekitar $3.1 bilion akan mula dibangunkan pada penghujung tahun ini, dan apabila ia siap dibina pada tahun 2022, akan mampu menganalisa data bukan sahaja daripada satelit di angkasa lepas, tetapi juga untuk kegunaan sektor aeroangkasa dan juga maritim.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami