Motorola Moto G40 Fusion Dan Moto G60 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 732G, Bateri 6000mAh

Motorola Moto G40 Fusion Dan Moto G60 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 732G, Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Apr 20, 2021 oleh .

Seperti yang dijanjikan, Motorola Moto G40 Fusion dan Moto G60 akhirnya dilancarkan secara rasmi di India. Kedua-duanya dilihat berkongsi rekaan luaran dan sejumlah spesifikasi dalaman yang sama. Namun begitu, masih terdapat beberapa penawaran pada kedua-duanya yang membuatkan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri.

Mulakan dahulu dengan Motorola Moto G40 Fusion. Ia dilengkapi paparan bersaiz 6.8-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Peranti pintar ini turut dipadankan dengan cip Snapdragon 732G, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri sebesar 6000mAh.

Tetapan kamera terdiri dengan 64-Megapixel sebagai sensor utama. Kemudian, diikuti pula dengan sensor 8-Megapixel yang digunakan untuk tujuan ultra-lebar dan makro. Akhir sekali, ia turut disertakan sensor kedalaman sebesar 2-Megapixel. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor sebesar 16-Megapixel.

Bergerak pada Motorola Moto G60 pula. Peranti pintar ini turut dilengkapi skrin sebesar 6.8-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula mencecah 120Hz. Kemudian, ia juga dijana cip Snapdragon 732G, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 6000mAh.

Tetapan kamera pula terdiri dengan sensor utama 108-Megapixel. Sama seperti Moto G40 Fusion, ia turut dilengkapi sensor 8-Megapixel dengan dua fungsi untuk tujuan ultra-lebar dan Makro. Tidak ketinggalan, sensor 2-Megapixel turut digunakan di sini untuk tujuan kedalaman. Untuk kamera swafoto pula, ia disertakan dengan sensor 32-Megapixel.

Di India, Motorola Moto G40 Fusion dijual pada harga bermula INR13,999 (~RM770). Sementara itu, Motorola Moto G60 pula berharga INR 17,999 (~RM990).


Paling Popular