Zoom Membuka Dana $100 Juta Untuk Dilaburkan Pada Syarikat Yang Membangunkan Aplikasi Yang Menggunakan Platform Mereka
Nazrin
Sepanjang tahun 2020, perkhidmatan telesidang seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom dan sebagainya digunakan dengan banyak, bukan sahaja oleh syarikat-syarikat korporat, tetapi juga dalam industri pendidikan, hiburan dan sebagainya.
Zoom, salah satu daripada platform telesidang terbesar di dunia sekarang baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah membuka satu dana yang akan dilaburkan pada syarikat-syarikat yang membangunkan perisian ataupun aplikasi yang menggunakan platform mereka.
Dana yang dibangunkan ini berjumlah $100 juta (~RM400 juta) akan digunakan untuk membiayai pembangunan perisian dan aplikasi ini, dimana mereka akan menerima dana berjumlah $250,000 hingga $2.5 juta bergantung kepada kerumitan dan cara platform tersebut diintegrasi kedalam perisian mereka.
Diantara contoh tambahan yang diberikan oleh Zoom termasuklah penggunaan Zoom untuk perkhidmatan tele-perubatan, ataupun implementasi didalam perkakasan telesidang seperti komputer, kamera web ataupun mikrofon.
Zoom berharap bahawa platform mereka boleh digunakan syarikat-syarikat lain sebagai sebuah cara untuk membangunkan perkhidmatan mereka sendiri, khususnya apabila Zoom dilihat sebagai platform teknologi yang paling cepat berkembang pada tahun lepas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.