Oppo O-Tower Mempunyai Rekaan Mirip Mata Sauron

Diterbitkan pada Apr 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo hari ni memperlihatkan rekaan O-Tower, pusat kajian dan pembangunan mereka yang terletak di Hangzhou China. Bangunan ini mempunyai lubang pada bahagian tengah yang membuatkan bangunan kelihatan seperti huruf O dari udara. Ia mewakili idea bahawa Oppo ialah syarikat yang berinovasi tanpa henti.

Bangunan direka oleh firma senibina terkemuka Bjarke Ingels Group (BIG). Seperti rekaan menara ibu pejabat mereka di Shenzen, O-Tower juga mementingkan penggunaan cahaya semula jadi bagi menerangi ruang lantai pejabat. Dengan dinding kaca sepenuhnya ini boleh dilakukan tanpa mengikut musim.

Tiga tingkat pertama bangunan akan menempatkan ruang kantil, ruang untuk syarikat inkubator, ruang pameran, ruang mesyuarat dan pusat latihan yang dibuka kepada orang ramai. Sebuah taman hijau juga diletakkan di tengah-tengah bangunan.

Secara keseluruhan O-Tower mempunyai ruang pejabat seluas 161,330 meter persegi dan ruang komersial pula sebesar 68,000 meter persegi. Bangunan ini nampak menarik kerana lubang di bahagian tengah tetapi dari jauh ia mengingatkan kami kepada anak mata di menari Sauron dari filem The Lord of The Rings.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami