Cari @ Amanz

Baru-baru ini, terdapat beberapa media luar melaporkan bahawa Honor dalam perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti baharu di bawah siri Honor Play. Peranti berkenaan dikhabarkan akan diperkenalkan menjelang bulan hadapan.

Namun begitu, sebuah peranti terkini jenama berkenaan yang dikenali sebagai Honor Play5 Vitality Edition telah ditemui menerusi kedai atas talian di China, JD.Com. Melihat kepada penawarannya, ia merupakan sebuah peranti pintar kelas permulaan daripada Honor.

Untuk spesifikasi, Honor Play5T Vitality Edition dilengkapi skrin bersaiz 6.6-inci TFT LCD dengan resolusi HD+ (1600 X 720 piksel). Ia juga menggunakan cip MediaTek Helio P35 (MT6765), memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 22.5W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 5-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil.

Spesifikasi lain termasuklah – sokongan NFC, pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi. Untuk harga, Honor Play5T Vitality Edition dijual pada RMB1299 (~RM823) untuk seunit.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd