Google Search Akan Mengambil Kira Faktor Kelajuan Web Bermula Jun 2021

Diterbitkan pada Apr 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sebelum ini sedia mengumumkan mereka akan mengambil kira beberapa metrik baharu dalam memperlihatkan hasil carian di Google Search. Lanjutan daripadanya, kini Google mengatakan pembaharuan ini akan diimplementasikan bermula Jun 2021 kelak.

Dengan pembaharuan ini, selain mengambil kira kandungan, Google Search juga akan mula mengambil kira pengalaman pelayaran, pengoptimasian sesuatu web untuk saiz peranti, dan juga kelajuan untuk mengakses web berkenaan.

Google Search akan mengambil kira faktor ini bermula pertengahan Jun ini, dan akan selesai implementasi sepenuhnya menjelang Ogos kelak. Google mengambil langkah pengenalan secara berperingkat memandangkan ia mungkin memberikan impak kepada sejumlah pihak dan pembangun web.

Selari dengannya juga, kini Google turut menawarkan laporan berkenaan dengan Page Experience pada Google Search Console.

Bagi anda yang membangunkan web, mungkin boleh menyemak dan mengoptimasikan web masing-masing untuk bersedia dengan pengenalan baharu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami