Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Kedai Aplikasi Windows 10 Serba Baharu

Diterbitkan pada Apr 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah kedai aplikasi baharu untuk Windows 10 – yang mana bukan sahaja membawakan rekaan antaramuka baharu, tetapi juga sejumlah ciri-ciri mesra pembangun melaluinya.

Menurut Windows Central, kedai aplikasi baharu ini akan membolehkan pembangun menawarkan aplikasi dan kemaskini melalui rangkaian mereka tersendiri, selain pada masa yang sama turut menggunakan sistem pembayaran pilihan mereka tersendiri – termasuk pilihan pihak ketiga.

Ini sekaligus memperlihatkan Microsoft akan menawarkan kedai aplikasi yang mesra pembangun tanpa mengambil potongan daripada pendapatan sekiranya menggunakan pilihan pembayaran luar. ini sekaligus akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh Apple dan Google – dimana pembangun tidak begitu menyukai potongan sehingga 30% yang diambil oleh kedai aplikasi.

Ini sekaligus akan menjadikan kedai aplikasi Microsoft sebuah platform yang lebih terbuka berbanding lain.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya lagi. Kita mungkin mendengar mengenainya seawal Build 2021 kelak yang dijadualkan pada bulan Mei ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami