Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan Apple Podcasts Subscriptions – sekaligus membolehkan para penerbit kandungan untuk menawarkan kandungan mereka secara berbayar.

Apple Podcasts Subscriptions akan ditawarkan bermula Mei 2021 ini di lebih 170 buah negara. Melaluinya, para pengguna akan dapat menikmati penawaran premium – termasuk kandungan eksklusif, mendengar podcast dengan bebas daripada iklan, mengakses sesuatu kandungan lebih awal berbanding lain, danĀ  menikmati kandungan daripada pelbagai studio utama.

Apple mengatakan mereka telah memmfokuskan kepada arena podcast sejak 15 tahun yang lepas, memudahkan penerbit kandungan untuk berkongsi kandungan bersamma pendengar. Kini, Apple Podcasts merupakan sebuah destinasi utama dalam mencari dan menemui kandungan audio menarik. Melalui Apple Podcasts Subscriptions, Apple ingin menawarkan platform yang lebih mesra pengguna, dan membolehkan pengguna menikmati pelbagai kandungan melaluinya.

Selari dengan pengumuman ini juga, Apple memperkenalkan kemaskini untuk laman penerbit kandungan, Apple Podcasts Connect – sekaligus memudahkan penerbit kandungan untuk mengawal bagaimana kandungan mereka dipaparkan, disamping melihat pelbagai data dan metrik melaluinya. Untuk menyertainya, penerbit kandungan perlu melakukan bayaran tahunan sebanyak RM89.90.

Apple turut mengatakan kemaskini iOS 14.5 akan menawarkan kemudahan untuk membuat carian, dan sejumlah ciri-ciri baharu melaluinya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd