Apple Memperkenalkan AirTag – Penjejak Barangan Yang Berfungsi Dibawah Rangkaian Apple Find My, Berharga RM149

Diterbitkan pada Apr 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah  memperkenallkan penjejak barangan mereka tersendiri yang diperkatakan dan dinantikan ramai, iaitu Apple AirTag.

Apple AirTag hadir dengan rekaan bulat, dan boleh dipasangkan pada sejumlah barangan, termasuk pada beg tangan, kunci, beg galas dan sebagainya. Sebaik sahaja ia dipasangkan, pengguna boleh menjejak barangan berkenaan dengan mudah melalui rangkaian Find My dibawah Apple – rangkaian yang sama digunakan dalam menjejak iPhone, iPad dan sebagainya.

AirTag menyertakan bersama sebuah speaker, dan menggunakan Bluetooth LE, serta bateri yang mudah digantikan. Apple mengatakan penjejak ini mampu bertahan penggunaan selaam setahun lamanya.

Bersama-sama pengenalan AirTag ini, Apple turut mengatakan pelbagai pengeluar akan hadir dengan aksesori untuk memasang dan menyertakan AirTag pada produk dengan mudah.

Apple AirTag akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM149. Selain penawaran AirTag, Apple juga akan menawarkan sejumlah aksesori yang melengkapkannya.

Untuk menggunakan Apple AirTag, pengguna memerlukan iPhone atau iPad menjalankan iOS 14.5 dan terkini – yang bakal ditawarkan bermula minggu hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami