Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan sejumlah penawaran baharu, termasuk kemaskini kepada tablet mereka, iPad Pro.

iPad Pro generasi baru ini kini hadir dengan cip Apple M1, dilengkapi sokongan rangkaian 5G, serta model 12.9-inci hadir dengan panel paparan berasaskan mini-LED.

Menariknya juga, kini tablet berkenaan ditawarkan dengan storan mencapai 2TB.

Di Malaysia, iPad Pro bersaiz 12.9-inci dengan storan 2TB ditawarkan pada harga bermula RM9749 untuk versi WiFi, dan RM10,399 untuk versi selular.

Untuk versi 11-inci pula, versi storan 2TB dengan sokongan WiFi diitawarkan pada harga RM8449, sementara versi selular ditawarkan pada harga RM9099.

Versi 2TB ditujukan kepada pengguna tegar yang memerlukan storan besar untuk pelbagai tugasan.

Menariknya juga, bagi anda yang membuat tempahan melalui laman Apple Store Malaysia, boleh mendapatkan engraving percuma pada iPad Pro anda.

Buat masa ini, tarikh penawaran iPad Pro di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd